Tuesday, 5 August 2014

BAB 4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Bab ini akan membincangkan tentang peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan. Selain itu membincangkan hak asasi kebebasan individu.

Pengenalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.

BAHASA
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman penjajahan British, bahasa Melayu mulai merosot memandangkan bahasa Inggeris lebih diutamakan. Kedudukan bahasa Melayu dikaji semula dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.

AGAMA
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semus individu untuk mengamalkan agamanya sendiri secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/sultan bertindak sebagai Ketua Agama di negerinya. Manakala, YDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Mengikut perlembagaan, agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Ini bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa dalam hal perundangan agama Islam. Antara perkara yang terkandung di bawah kuasa perundangan negeri mengenai Islam ialah:

1. Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga
2. Adat istiada Melayu
3. Wakaf
4. Fitrah
5. Zakat
6. Baitulmal
7. Masjid
8. Mahkamah Syariah

KEWARGANEGARAAN
Peruntukan-peruntukan pemerolehan keawrganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 23 hingga Perkara 28 Perlembagaan Persekutuan pula, menyenaraikan ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara, iaitu:

1. Secara kuat kuasa undang-undang
2. Secara pendaftaran/permohonan
3. Secara masukan/naturalisasi
4. Secara cantuman wilayah

2.2.1 Peruntukan Utama Perlembagaan Persekutuan
a. Kewarganegaraan (BAHAGIAN 3)b. Kebebasan Asasi (BAHAGIAN 2)c. Agama bagi Persekutuan (Perkara 3)d. Bahasa Kebangsaane. Sistem Pemerintahanf. Pembahagian Bidang Kuasa

Kewarganegaraan (BAHAGIAN 3)Cara Mendapat Kewarganegaraan:
Empat cara seseorang itu menjadi warganegara Malaysia;i. Kewarganegaraan melalui Kuatkuasa Undang-undang (Perkara 14)
Orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963)
Seseorang yang lahir di dalam Malaysia dengan salah seorang ibu atau bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.
Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya pada ketika kelahirannya adalah seorang warganegara yang lahir di Malaysia.
ii. Kewarganegaraan melalui Pendaftaran (Perkara 15)Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan yang mana perkahwinannya telah didaftarkan sebagai warganegara sekiranya:-
dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara
Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa dia telah bermastautin di dalam Persekutuan selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk bermastautin tetap dan dia berkelakuan baik.
Seseorang yang di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai warganegara sekiranya sekurang-kurangnya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara. Kerajaan Persekutuan juga boleh mendaftarkan seseorang di bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas yang difikirkan sesuai.iii. Kewarganegaraan melalui Naturalisasi/Kemasukan (Perkara 19)Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa keadaan khas yang difikirkan sesuai ataupun atas permohonan seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan warganegara, memberikan perakuan naturalisasi sekiranya;
orang itu telah bermastautin di dalam Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki dan berniat berbuat demikian secara tetap.
berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu
iv. Kewarganegaraan melalui Penggabungan Wilayah (Perkara 22)
Sekiranya terdapat wilayah baru yang diterima masuk ke dalam Malaysia selepas hari Malaysia. Parlimen boleh menetapkan individu di dalam wilayah tersebut adalah warganegara.

Kehilangan Taraf Kewarganegaraan
Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara penolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan pelucutan (Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan).
Penolakan (pelepashakkan - Perkara 23), seseorang warganegara yang berumeu dua puloh satu tahun atau lebih dan sempurna akal dan juga adalah warganegara bagi suatu negeri lain atau yang hendak menjadi seorang warganegara bagi satu negeri lain boleh menolak warganegara Malaysianya.
Pelucutan (Perkara 25), seseorang yang telah menjadi warganegara asing, seseorang telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan dan seorang warganegara yang telah membuktikan dia tidak setia kepada negara sama ada melalui percakapan atau tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment